Penkek telur dengan Zukini

2017-05-16 16:41:20  CRI
Share with:

Penkek telur dengan Zukini

Zukini ialah sejenis labu kecil. Zukini asalnya ditemui di Amerika Utara serta mula diperkenalkan dan ditanam di China pada pertengahan abad ke-19. Zukini mengandungi banyak nutrien seperti Vitamin C dan glukos, khususnya kandungan kalsium yang sangat tinggi.

Selain itu, perubatan tradisional Cina ada menyebut bahawa Zukini berperanan sebagai terapi bagi membantu merawat penyakit edema, kudis, nefritis, sirosis, di samping meningkatkan sistem imun untuk mencegah serangan virus dan kanser.

Bukan itu sahaja, Zukini juga menggalakkan rembesan insulin dalam tubuh, serta berkesan untuk mengawal dan merawat penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang, serta bermanfaat bagi meningkatkan keupayaan menjana semula sel-sel hati.

Satu hidangan Zukini yang menjadi kegemaran orang China ialah Penkek Telur dengan Zukini.

Bahan: Sebiji Zukini, Sebiji telur, 200 gram tepung, minyak, garam, bawang hijau dan halia

Cara memasak:

1. Cuci Zukini hingga bersih, kemudian cencang. Letakkan Zukini yang telah dicencang tadi ke dalam mangkuk, bubuh 1/2 sudu teh garam, gaul hingga sekata.

2. Apabila Zukini mula mengeluarkan air, masukkan sebiji telur, tepung, bawang hijau dan halia, gaul lagi sehingga sekata. Pastikan adunan tidak berketul atau terlalu pekat.

3. Tuang sedikit minyak dalam kuali leper, panaskannya dengan api kecil. Apabila minyak sudah panas, tuangkan satu sudu besar adunan, kemudian ratakannya. Selepas kedua-dua bahagian penkek sudah berwarna keperangan, angkat dan hidangkannya.

Baiklah, cara memasak hidangan itu telah pun selesai.

admin