Panduan Melancong ke Tibet

2017-05-16 16:41:23  CRI
Share with:

Panduan Melancong ke Tibet

Tibet, China yang terletak pada ketinggian 4,000 meter dari paras laut, digelar "Bumbung Dunia". Kini, terdapat banyak pilihan pengangkutan untuk pergi ke Tibet termasuk lebuh raya, kereta api dan kapal terbang. Yang paling cepat hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk sampai di Tibet atau di kaki Gunung Qomolangma.

Tibet mempunyai tujuh buah daerah dan bandar, antaranya enam yang mempunyai lapangan terbang sendiri. Selain lebuh raya Qinghai-Tibet, empat lebuh raya lain juga menjadi pilihan alternatif untuk para pelancong yang ingin melawat ke Tibet dengan memandu kereta.

Selain itu, menaiki kereta api juga merupakan pilihan yang baik untuk berkunjung ke Tibet. Kereta api Qinghai-Tibet menjanjikan perkhidmatan yang selesa untuk pelancong.

1. Kaca tingkap besar kalis sinar ultralembayung (UV) di gerabak kereta api membolehkan penumpang menikmati landskap dataran tinggi yang indah di luar, sambil mengelakkan kulit terdedah terus kepada sinar berkenaan.

2. Kereta api dilengkapi dengan kemudahan oksigen. Penumpang dapat menghirup oksigen yang secukupnya pada bila-bila masa bagi mencegah penyakit altitud.

3. Gerbong tertutup rapat. Oleh itu, penumpang tidak perlu bimbang akan cuaca buruk di dataran tinggi seperti angin kencang, hujan dan salji lebat.

4. Hiasan di dalam dan luar gerabak kereta api bergaya etnik Tibet, dan semua papan tanda penunjuk menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Tibet, Mandarin dan Inggeris.

admin