Opera Kun, "Ibu Opera China"

2018-03-05 16:19:34  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_kunqu14

 

Opera Kun, yang digelar "ibu opera" di China mempunyai sejarah yang lebih lama daripada Opera Peking, dan ia sudah wujud kira-kira 600 tahun. Opera ini amat popular di bandar Shanghai dan kawasan Kunshan, Jiangsu dengan ciri-ciri tempatannya yang istimewa.

 

Pada tahun 2001, opera Kun diisytiharkan sebagai "Warisan Budaya Manusia Bukan Benda" oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

 

Namun, dengan perkembangan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat, kedudukan Opera Kun mula goyah dalam kalangan rakyat dan hampir dilupakan. Untunglah, ramai seniman dan peminat opera tersebut menyedari ancaman kepupusannya. Mereka terus berusaha dengan gigih untuk mengembangkannya. Mereka mahu seni warisan ini terus diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. 

 

圖片默認標題_fororder_kunqu20

 

"Astaka Bunga Peony", sebuah karya terkenal yang dihasilkan oleh penulis opera Dinasti Ming China, Tang Xianzu, kira-kira 500 tahun yang lalu, ialah antara kisah-kisah yang boleh mewakili Opera Kun. Program ini menceritakan satu episod cinta antara dua remaja. Cik Du Liniang yang berasal daripada sebuah keluarga mewah bertemu dan bercinta dengan Liu Mengmei, seorang pemuda daripada keluarga biasa. Namun, ekoran halangan keluarga dan kedudukan mereka dalam masyarakat, cinta murni itu tergugat dan mereka akhirnya terpaksa berpisah.

 

Kini, "Astaka Bunga Peony" edisi baru yang lebih sesuai dengan selera golongan muda sudah pun dilancarkan. Ketika dipentaskan julung-julung kalinya di Taiwan pada tahun 2004, ia mendapat sambutan yang begitu hangat daripada penonton.

 

Di pentas antarabangsa, persembahan yang bergaya klasik ini pula disukai oleh penonton Barat. Ketika dipentaskan di A.S. pada tahun 2006, opera dengan babak-babak yang romantik ini telah mempesonakan para penonton negara itu. 

 

 

王瑾