Gua Tian Li Xia

2018-03-30 15:44:23  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_t0126c76a8eb0bf4bf4

Kejujuran adalah antara sifat dan nilai yang positif yang patut kita milikki kerana ia akan di pandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat.

Orang yang jujur serta berakhlak mulia haruslah menjauhi daripada perkara yang boleh menimbulkan keraguan orang lain yang boleh membawa keburukan.

Terdapat satu cerita peribahasa China yang memberi nasihat sedemikian kepada kita, iaitu "Gua Tian Li Xia", singkatan kepada ungkapan "Gua Tian Bu Na Lu, Li Xia Bu Zheng Guan" membawa erti bahawa ketika lalu di ladang tembikai, janganlah mencangkung untuk membetulkan kasut, untuk mengelak daripada disyaki sedang mencuri tembikai, manakala apabila berada di bawah pokok plum pula, janganlah mengangkat tangan untuk membetulkan topi, untuk mengelak daripada disyaki sedang memetik buah plum. Peribahasa ini sering digunakan untuk mempersendakan tindakan yang mudah menimbulkan kecurigaan orang lain. Pada masa yang sama, peribahasa ini juga mengingatkan kita mesti sentiasa menjaga etika dan moral baik dalam kehidupan dan kerja harian supaya mengelakkan diri terlibat dalam kecurigaan orang lain. 

 

周喬西