Xi Jinping Ditemui Lee Hsien Loong

2018-04-11 13:30:18  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_s1

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Boao, provinsi Hainan China semalam.

Xi dalam pertemuan itu berkata, China dan Singapura harus menyusun strategi kerjasama pramatik yang baharu yang selaras dengan situasi semasa, dan terus memperkasakan kerjasama antara kerajaan yang melibatkan projek-projek berskala besar.

圖片默認標題_fororder_s2

Kata beliau, China bersedia meningkatkan sinergi dengan negara-negara ASEAN bagi menyelaraskan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan pelan pembangunan ASEAN, dan membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Lee Hsien Loong dalam pertemuan itu pula berkata, Singapura menyarankan supaya isu-isu dan cabaran global ditangani melalui kerjasama antarabangsa. Singapura komited merapatkan hubungan dengan China, di samping menggalakkan kerjasama dalam rangka inisiatif B&R.
 

徐國瑋