Hainan akan Bina Zon Ujian Perdagangan Bebas

2018-04-14 15:34:40  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1122680327_11n

 

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyokong Hainan membina zon ujian perdagangan bebas di seluruh pulau itu, merintis jalan pembinaan pelabuhan perdagangan bebas yang bercirikan China, dan menyusun dasar dan mekanisme berkaitan secara berperingkat.

 

Demikian dinyatakan Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan penting dalam persidangan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Zon Ekonomi Khas Hainan di Hainan petang semalam.

 

Beliau berkata, Jawatankuasa Pusat PKC membuat keputusan tersebut melalui kajian saintifik terhadap situasi dalam negeri. Keputusan ini memperlihatkan keazaman China untuk memperkasakan keterbukaan dan menggalakkan globalisasi ekonomi.

 

Xi menyatakan, Jawatankuasa Pusat PKC menyokong Hainan mempergiat pembaharuan dan pintu terbuka sehingga menjadi teladan bagi pembinaan sosialisme yang bercirikan China pada era baharu.

 

Beliau berkata, China mengalu-alukan pelabur dari seluruh dunia melabur di Hainan dan terlibat dalam pembinaan pelabuhan perdagangan bebas, supaya berkongsi peluang pembangunan China dan hasil dasar pembaharuan dan pintu terbuka negara ini.

 

Xi berpendapat, Hainan harus giat mengembangkan industri maklumat generasi baharu dan ekonomi digital, menggalakkan penggabungan industri internet, internet benda, data besar, pemanduan arah satelit, kecerdasan buatan (AI) dengan ekonomi sebenar.

 

Jawatankuasa Pusat PKC menyokong Hainan membina zon ujian tamadun ekologi peringkat negara, merintis cara pembangunan tamadun ekologi bagi seluruh negara.

 

Menurut beliau, Hainan akan memperkenalkan dasar keutamaan untuk menarik tenaga insan dari Hong Kong, Makau dan Taiwan serta negara luar bekerja dan menetap di Hainan.

 

胡星