Midale Khan dan Teknik Pembuatan Alat Kayu Etnik Kazak

2018-04-14 16:02:32  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_61

Di kaunti Habahe, hujung utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China, terdapat seorang tukang kayu etnik Khazak yang amat terkenal.

Produk yang dihasilkannya amat popular dan laris. Midale Khan, 50 tahun, sejak kecil sangat suka membuat pelbagai benda daripada kayu kerana terpengaruh dengan ayahnya yang juga seorang tukang kayu.

Leluhur Midale Khan merupakan tukang kayu sejak turun-temurun. Midale Khan mempunyai 11 adik-beradik. Keluarganya agak miskin. Sejak kecil, beliau sering mengikut ayahnya membuat pelbagai perkakas berasaskan kayu untuk menambah pendapatan keluarga.

圖片默認標題_fororder_63

Di bilik pameran rumah Midale Khan, terdapat pelbagai perkakas yang dihasilkan daripada kayu seperti tong susu, katil bayi, pinggan, mangkuk dan sudu yang bermotifkan corak-corak unik etnik Khazak. 

Pada tahun 1989, Midale Khan yang telah menguasai teknik pembuatan produk-produk berasaskan kayu telah berkahwin dengan seorang gadis etnik Khazak. Beliau turut membuat perabot untuk perkahwinan beliau.

Teknik pembuatan produk-produk berasaskan kayu etnik Khazak sudah bersejarah sejak sekian lama. Perkakasan yang dihasilkan daripada kayu tahan lama dan mudah dibawa kerana ringan. Keadaan tersebut amat sesuai bagi etnik Khazak, etnik nomad yang hidup berpindah-randah.

Ketika Midale Khan baru mendalami teknik pembuatan produk-produk tersebut, terdapat lebih 20 tukang kayu di kampungnya. Namun pada ketika ini, hanya beliau sahaja tukang kayu di kampungnya.

Perkakas-perkakas yang dihasilkan Midale Khan menjadi alat kegunaan harian pada masa dahulu, namun sekarang menjadi seni kraf tangan. 

圖片默認標題_fororder_62

Pada masa ini, anak lelaki Midale Khan mewarisi dan mengembangkan teknik pembuatan produk-produk berasaskan kayu daripada ayahnya. Beliau pula menyuntik pembaharuan agar produk-produk yang dihasilkannya lebih cantik dan memiliki tahap kesenian yang lebih tinggi.

Pada tahun 2010, Midale Khan membawa produknya menyertai Ekspo Asia-Eropah pertama yang diadakan di Wilayah Xinjiang. Produknya amat laris dan menerima banyak tempahan.

Pada tahun 2012, Midale Khan disenaraikan sebagai pewaris budaya bukan benda di kawasan Altay.

徐國瑋