WEF Hargai Keterbukaan China

2018-04-17 11:05:21  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_W020180417304386332052

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab di Beijing semalam.

Xi menyatakan sejarah telah membuktikan bahawa ketertutupan hanya menuju ke arah buntu, keterbukaan barulah melebarkan jalan. Negara besar memikul tanggungjawab yang penting dan istimewa dalam hal ini. 

Langkah-langkah penting untuk memperluas keterbukaan yang diumumkan pada Forum Asia Boao minggu lalu, komitmen China kepada rakyat seluruh dunia.

Presiden Xi menyatakan kerjasama dengan WEF serentak dengan proses pembaharuan dan keterbukaan China. 

Beliau menyarankan agar kedua-dua pihak memperkukuh kerjasama, bersama-sama meneroka penjana baharu bagi pertumbuhan ekonomi dunia, dan mencari formula penyelesaian praktikal bagi menangani cabaran global.

Schwab pula menyatakan bahawa wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan pembangunan ekonomi dunia yang terbuka, yang dikemukakan oleh Presiden Xi, telah merangka hala tuju dan menyuntik momentum kuat untuk kerjasama pelbagai negara ketika globalisasi ekonomi dan sistem perdagangan multilateral berdepan cabaran. 

WEF bersedia meningkatkan kerjasama jangka panjang dengan China untuk menggalakkan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan pembangunan inovatif.
 
Kedua-dua pihak diharap menjalin sinergi bagi memperkukuh sistem tabdir urus global dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dunia.

張弘