Alibaba Atur Strategi Cip Mikro

2018-04-23 14:19:22  CRI
Share with:

Kumpulan Alibaba baru-baru ini mengumumkan pemerolehan terhadap C-Sky Microsystems, syarikat pengeluar CPU IP Core yang berpangkalan di Hangzhou.

Ketua pegawai teknikal Alibaba, Zhang Jianfeng telah menghuraikan strategi syarikat itu dalam industri cip mikro pada satu sidang akhbar hujung minggu lalu.

Kata beliau, Alibaba membuat pelaburan dalam C-Sky Microsystem pada tahun 2014 dan 2017, sehingga membolehkan pemerolehan syarikat itu pada tahun ini.

Selain itu, Alibaba turut membuat pelaburan dalam lima syarikat penghasil cip mikro lain termasuk Cambrian dan Deephi Tech.

 

高蕾