China, India Sedia Membangun Bersama

2018-04-23 14:22:31  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_W020180422767706914903


Menteri Luar China, Wang Yi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari India, Sushma Swaraj di Beijing samalam.

Wang Yi menyatakan bahawa sejak awal tahun ini, hubungan antara China dengan India mengekalkan momentum positif di bawah pimpinan pemimpin kedua-dua negara.

Satu pertemuan tidak rasmi antara Presiden Xi Jinping dengan Perdana Menteri Narendra Modi sedang dalam perancangan. Persiapan rapi perlu dilakukan untuk memastikan pertemuan itu berhasil.

Kata Wang, pertemuan itu juga perlu dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan kesalingpercayaan strategik, mengintensifkan kerjasama pragmatik, di samping menangani perselisihan dengan baik.

Hal ini penting bagi mewujudkan pembangunan bersama, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Sushma Swaraj pula menyatakan bahawa India bersedia bersama-sama China mengeratkan hubungan antara pemimpin dan meningkatkan kesalingpercayaan melalui pertemuan yang dijadualkan, bagi membuka lembaran baharu perkongsian strategik India-China.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pendapat mengenai situasi sesama antarabangsa dan serantau. 
曹捷