Angka Korban Letupan Kabul, 57

2018-04-23 16:57:36  CRI
Share with:

Serangan bom nekad yang berlaku berhampiran sebuah pusat pendaftaran pengundi di Kabul, Afghanistan semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 57 maut sementara 119 lagi cedera.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan, kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah orang awam, antaranya 21 wanita dan 5 kanak-kanak. Antara yang cedera pula, 47 adalah wanita dan 16 lagi kanak-kanak.

Kedutaan Besar China di Afghanistan memaklumkan bahawa setakat ini belum ada laporan kematian atau kecederaan melibatkan warga China.

Kumpulan pelampau Daesh (IS) telah tampil mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pendaftaran bagi pilihan raya Afghanistan yang dijadualkan pada 20 Oktober tahun ini dibuka pada 14 April lalu, namun suasana pilihan raya kini berubah suram susulan rentetan serangan terhadap pusat pendaftaran pengundi.

張薇