Kerjasama China-India Berprosek Cerah

2018-04-23 16:58:40  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dijadualkan mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di bandar Wuhan, provinsi Hubei pada 27 dan 28 April.

 

Dalam satu temu bual dengan CRI, Dr. Ran Jie dari Institut Penyelidikan Asia Selatan, Universiti Sichuan bersikap optimistik ketika berbicara tentang kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan India.

 

Beliau berkata, perdagangan bilateral meningkat pesat sejak abad lalu. Pada tahun lepas, jumlah perdagangan melonjak 21.4% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun ini, jumlah berkenaan dijangka melebihi USD100 bilion (RM390 bilion), sekali gus mewujudkan sasaran pemimpin kedua-dua negara.

 

China kini sumber import terbesar dan sasaran eksport keempat terbesar bagi India.

 

Menyentuh potensi kerjasama, Dr. Ran Jie menyatakan bahawa China dan India dua pasaran raksasa dengan jumlah populasi lebih 2.5 bilion.

 

Masih terdapat ruang luas untuk syarikat China dalam pasaran infrastruktur, tenaga dan ekonomi hijau India, begitu juga bagi produk pertanian, perubatan dan teknologi maklumat India di pasaran China.

張薇