Guangxi Tingkatkan Operasi Banteras Penyeludupan Gading

2018-06-14 13:14:39  CRI
Share with:

Wilayah Guangxi akan memperhebat operasi membanteras penyeludupan gading.

Menurut kastam Nanning, jumlah kes penyeludupan gading terus meningkat baru-baru ini. Pihaknya telah merampas 143 buah produk gading yang beratnya 5155 gram di pintu keluar masuk Dongxing, dari Mei hingga kini.

Antaranya, seorang warga Vietnam membawa 58 produk gading mahu masuk sempadan China pada 4 Jun lalu. Manakala, seorang lagi warga Vietnam cuba menyeludup 35 produk gading ke China pada 9 Jun.

Kerajaan China telah mengharamkan pemprosesan dan penjualan produk gading untuk tujuan komersial pada akhir tahun 2017.
 

覃淼