Untuk Bapa – Percintaan Xi Jinping dan Bapanya pada Negara dan Keluarga

2018-06-17 13:57:40  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_xijinpingfuqinjie01

Di pejabat Presiden Xi Jinping, diletakkan beberapa gambar keluarganya. Antaranya ada satu gambar yang merakamkan Xi Jinping menolak kerusi roda bapanya, dan bersiar-siar bersama isteri dan anaknya.

Menghargai keluarga dan menyayangi ibu bapa, etika yang indah bangsa China ini tertanam di hati Xi Jinping.

Xi Jinping dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh rasa sayang. Oleh sebab tempat kerja Qi Xin, ibu Xi Jinping, jauh dari rumah, maka Xi Jinping yang masih belum berumur satu tahun dijaga oleh bapanya Xi Zhongxun.

Xi Zhongxun yang berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri merangkap Ketua Setiausaha Dewan Negara pada ketika itu, menjaga empat anak. Beliau memandikan mereka dan membasuh pakaian untuk mereka. Walaupun sibuk dan letih, Xi Zhongxun menganggap ini sebagai kebahagiaan rumah tangga. Beliau berasa amat gembira apabila bermain dengan anak-anaknya.

 “Walaupun sangat menyayangi anak, Zhongxun tidak memanjakan mereka.” Kata Qi Xin apabila mengenang kembali.

Xi Jinping pada waktu kecil selalu memakai pakaian dan kasut yang terpakai kakaknya. Ada sekali Jinping enggan memakai kasut kakaknya berwarna merah kerana ketawa oleh rakan sekelas. Namun Zhongxun berkata “masih boleh dipakai lepas diwarnai.”

 

圖片默認標題_fororder_xijinpingfuqinjie02

(Xi Jinping dan Xi Zhongxun di Hainan, pada Ogos 1978)

Pada pandangan Jinping, amalan berjimat cermat bapanya sangat ketat. “Kami diajar berjimat cermat dan jangan membazir sejak kecil” kata Xi Jinping.

Jinping dalam sepucuk surat kepada Zhongxun menyatakan “terdapat banyak moral mulia ayah yang perlu saya pelajari.”

Surat itu ditulis Jinping kepada Zhongxun yang menyambut hari jadi ke-88 pada tahun 2001. Sekeluarga berkumpul bersama untuk meraikan hari jadi Zhongxun, kecuali Jinping, yang menyandang jawatan Gabenor Provinsi Fujian pada ketika itu, tidak dapat meluangkan masa untuk balik ke Beijing.

Setelah membaca surat Jinping, Zhongxun berkata dengan keluarga dan sahabat “kerja dan urusan negara perlu diutamakan”, “berkhidmat untuk rakyat ialah balasan terbaik kepada ibu bapa”.

Pada November 2013, Presiden Xi Jinping membuat tinjauan kerja di Kampung Shibadong, Provinsi Hunan. Mak Cik dari kaum Miao, Shi Pazhuan menjemput Xi Jinping ke rumahnya. Mak Cik Shi tidak mempunyai televisyen maka tidak kenal akan Xi. Beliau bertanya “siapa nama kau?”

“Saya yang berkhidmat untuk rakyat” jawab Xi Jinping.
Berkhidmat untuk rakyat dan membawa kehidupan bahagian kepada setiap keluarga di negara ini, sasaran usaha gigih Xi Jinping.

 

王瑾