UNSC Kecam Serangan di Afghanistan

2018-06-19 16:39:50  CRI
Share with:
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dalam kenyataan semalam, mengecam sekeras-kerasnya dua serangan pengganas yang berlaku di wilayah Nanagarhar, timur Afghanistan.

UNSC dalam kenyataan itu berkata dalang, pelaku, pembiaya dan penyokong serangan pengganas  mesti diheret ke muka pengadilan. 

UNSC turut menggesa semua negara giat bekerjasama dengan kerajaan Afghanistan dan pihak-pihak lain yang telibat mengikut kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC yang berkenaan. 
 
Pada petang 16 Jun, sebuah kenderaan yang dipasang bom meletup di tengah-tengah orang ramai yang berhimpun  untuk meraikan gencatan senjata antara kerajaan Afghanistan dan Taliban di  pinggir Dzhalal-Abad, ibu kota wilayah Nanagarhar. 

Serangan itu mengakibatkan 25 maut dan 54 lagi cedera, termasuk anggota militan Taliban dan anggota keselamatan Afghanistan. 

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Serangan menyasarkan Pejabat Gabenor Nabagarhar pada keesokan harinya, pula mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan 45 lagi cedera. Setakat ini, masih belum ada sebarang kumpulan atau individu mengaku mendalangi serangan itu. 
 
張薇