Duterte Sedia Selesai Isu Laut China Selatan Secara Damai

2018-06-19 13:24:18  CRI
Share with:
Sikap keras sepihak tidak membantu menyelesaikan masalah. Filipina harus berkomunikasi dengan China secara ikhlas bagi menyelesaikan isu Laut China Selatan secara damai.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam majlis sambutan ulang tahun ke-120 penubuhan Kementerian Luar Filipina, di Manila semalam.

Katanya, isu Laut China Selatan tidak akan terus tertunggak. Beliau akan membincangkan pelaksanaan keputusan timbang tara isu itu dengan China dalam penggalnya.

Duterte menegaskan bahawa kerajaannya dengan teguh mempertahankan keutuhan wilayah. Bagaimanapun, isu Laut China Selatan hanya sebahagian kecil dalam hubungan Filipina-China. Hubungan bilateral yang baik bermanfaat bagi kepentingan Filipina dalam bidang ekonomi dan keselamatan.

Beliau juga berharap kerjasama Filipina dengan China melibatkan kelengkapan ketenteraan diperkasakan bagi meningkatkan keupayaan tentera dan polis negara itu dalam melindungi keselamatan negara.
張弘