Pakatan Antarabangsa Serang Kedudukan Tentera Syria

2018-06-19 14:15:08  CRI
Share with:
Pakatan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan udara menyasarkan kedudukan tentera Syria di wilayah Deir ez-Zor pada 17 Jun lalu, mengakibatkan sejumlah askar terkorban dan cedera, lapor media tempatan.

Menurut laporan agensi berita Syria, operasi membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) yang dijalankan oleh tentera Syria di padang pasir di barat Deir ez-Zor telah mencapai kemajuan, dengan kawasan seluas 2,000 kilometer persegi berjaya ditawan semula.

Tindakan pakatan antarabangsa tersebut membuktikan AS menyokong kumpulan pengganas bagi mengekalkan kehadiran haram tenteranya di Syria serta merampas sumber ekonomi di timur negara itu.

Laporan berkenaan juga menyebut, pakatan antarabangsa pernah mengebom kedudukan tentera Syria di wilayah sama pada bulan lalu, meragut nyawa 12 askar.
張弘