Pompeo, Kyung-wha Bincang Isu Nuklear Semenanjung Korea

2018-06-19 13:52:26  CRI
Share with:

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha menerusi telefon baru-baru ini berhubung isu nuklear Semenanjung Korea.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS semalam, kedua-dua pihak komited menggalakkan pewujudan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear yang "menyeluruh, boleh disahkan dan tidak boleh ditarik balik".

Pompeo sebelum ini berkata, masih terdapat banyak kerja bagi AS dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) pada masa akan datang. Untuk matlamat itu, DPRK diharap mengambil langkah praktikal dalam tempoh dua tahun setengah akan datang.

張哲