China, Kemboja Perkasa Kerjasama

2018-06-19 16:58:16  CRI
Share with:

Kemboja komited menyokong pelbagai inisiatif kerjasama yang disarankan Presiden China, Xi Jinping, termasuk membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan dan bersama-sama membangunkan "Jalur dan Laluan" (B&R).

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan demikian ketika bertemu dengan ahli Dewan Negara yang juga Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe di Phnom Penh semalam.

Hun Sen mengucapkan terima kasih atas sokongan China terhadap pembangunan sosioekonomi dan pertahanan Kemboja. 

Beliau berharap kedua-dua negara mengambil peluang daripada ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik untuk melonjakkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap lebih tinggi.

Wei pula berkata, China dengan teguh menyokong Kemboja menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri. 

Pasukan tentera China bersedia bersama-sama pihak Kemboja melaksanakan sepenuhnya konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperkasakan kerjasama pragmatik agar memberi sumbangan kepada perkembangan hubungan bilateral. 

 

張薇