Latihan Tentera AS, Korea Selatan Dibatalkan

2018-06-19 11:54:43  CRI
Share with:

Jabatan Pertahanan AS semalam mengumumkan pembatalan latihan ketenteraan bersama dengan Korea Selatan yang dijadualkan pada Ogos nanti.

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Seoul dan Washington memutuskan menghentikan semua kerja persiapan untuk latihan bersama itu.

Presiden AS, Donald Trump telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un di Singapura pada 12 Jun lalu.

Dalam sidang media selepas pertemuan itu, Trump mengumumkan pembatalan latihan ketenteraan bersama AS-Korea Selatan yang provokatif dan menelan kos besar.

張哲