Kerjasama Pertanian Guangxi, ASEAN Dinaiktaraf

2018-06-20 14:14:48  CRI
Share with:

Guangxi yang berjiran dengan negara-negara ASEAN, telah menjalin kerjasama rapat dengan blok itu dalam sektor pertanian. Kini, kerjasama tersebut semakin dinaiktarafkan.

Pengarah Bahagian Kerjasama Ekonomi Luar, Jabatan Pertanian Guangxi, Ou Yixia memaklumkan kerjasama antara Guangxi dengan ASEAN membantu mengoptimumkan struktur pertanian tempatan, yang mendapat pujian pemimpin dan jabatan pertanian negara-negara terlibat.

Pada masa yang sama, kerjasama tersebut juga menggalakkan banyak syarikat pertanian Guangxi melabur ke negara-negara ASEAN.

Dalam tempoh lima tahun lalu, untuk memenuhi keperluan negara-negara ASEAN, Guangxi telah memindahkan banyak teknologi pertanian baharu kepada negara-negara berkenaan.

Guangxi juga telah menubuhkan 15 makmal bersama atau pusat inovasi di 9 negara ASEAN, selain membuka 12 taman agroteknologi di 8 negara ASEAN.

張弘