Khamenei: Iran Tidak Akan Berunding dengan AS

2018-08-14 15:52:48  CRI
Share with:

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei dalam satu perhimpunan di Tehran semalam menegaskan sekali lagi bahawa Iran tidak akan berunding dengan Amerika Syarikat(AS).

Beliau menyatakan tindakan AS menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran adalah perbuatan yang "menindas dan tidak jujur". Iran tidak akan berunding dengan negara yang bersikap demikian.

Katanya, punca utama masalah ekonomi Iran pada masa ini adalah faktor dalaman, bukannya sekatan yang dipulihkan oleh AS baru-baru ini.

Pada 8 Mei lalu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan penarikan diri daripada perjanjian nuklear Iran dan memulihkan sekatan ke atas negara itu.

Pada 30 Julai lalu, Trump menyatakan kesudian untuk bertemu dengan pemimpin Iran tanpa sebarang prasyarat. 

Anjuran berkenaan bagaimanapun ditolak oleh Iran yang berkeras tidak akan berunding dengan Washington.

梁靚