Laluan penerbangan terus antara Nanning dengan Moscow telah dibuka pada 9 Ogos lalu, ini juga laluan pertama dari Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China ke Eropah.
Demikian diumumkan kumpulan pengurusan lapangan terbang Nanning semalam.
Penerbangan terus Nanning-Moscow dikendalikan oleh Ikar Airlines Rusia pada setiap hari Khamis, dengan masa penerbangan 9 jam 30 minit. Sebelum penerbangan terus ini dibuka, penerbangan yang paling pantas mengambil masa 14 jam 30 minit, dan penumpang perlu transit di Beijing.