Trump Lulus Undang-undang Pertahanan Baharu

2018-08-14 14:35:33  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam meluluskan Akta Keizinan Pertahanan 2019, berkuat kuasa serta-merta.

Akta itu memperuntukkan bajet pertahanan negara lebih USD716 bilion (RM2.9 trilion) bermula 1 Oktober.

Antaranya, USD616.9 bilion (RM2.5 trilion) adalah untuk pertahanan asas, USD21.9 bilion (RM90 bilion) untuk program senjata nuklear dan USD69 bilion (RM282 bilion) untuk operasi di luar negara.

Jumlah anggota tentera akan ditambah 15,600 orang, sementara gaji dinaikkan rata-rata 2.6%. Peruntukan tersebut juga akan digunakan untuk membeli 13 kapal perang dan 77 jet pejuang F-35.

Sebahagian kandungan akta baharu itu turut melibatkan China.

Selepas diluluskan Dewan Senat awal bulan ini, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menggesa Washington menyingkirkan mentaliti Perang Dingin dan konsep permainan campur-tolak yang sudah lapuk, bagi mengelakkan hubungan antara kedua-dua negara daripada terjejas.

徐國瑋