Erdogan: Ekonomi Turki Mampu Tahan Serangan

2018-08-14 14:03:31  CRI
Share with:

Ekonomi Turki sedang mengalami "serangan", namun negara itu mempunyai kemampuan untuk menahan serangan tersebut.

 

Demikian pandangan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang disampaikan dalam satu ucapan di Ankara semalam.

 

Katanya, ekonomi Turki "mantap, kuat dan lengkap", manakala kadar pertukaran Lira (TL) akan kembali stabil pada "paras yang paling munasabah" tidak lama lagi.

 

Beliau turut menambah bahawa Amerika Syarikat (AS), sekutu NATO yang rapat, sedang cuba "menikam Turki dari belakang".

 

Pada hari yang sama, Menteri Luar Mevlut Çavusoglu menyatakan bahawa  sekatan, ancaman dan tekanan yang dikenakan Washington terhadap Turki tidak akan berkesan. Pihaknya bersedia menyelesaikan perselisihan melalui saluran diplomatik dan dialog.

胡星