Penerbangan Perdana Pesawat Amfibia AG600 Berjaya

2018-10-20 16:12:38  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1123587456_15400064287691n

Pesawat amfibia model AG600 yang berfungsi sebagai pemadam kebakaran api dan penyelamat di air yang dikaji dan dibangunkan oleh China sendiri telah berjaya dilaksanakan penerbangan perdana di Lapangan Terbang Zhanghe, bandar Jingmen, provinsi Hubei pagi tadi.

Presiden China, Xi Jinping mengutuskan surat tahniah atas kejayaan penerbangan perdana pesawat amfibia tersebut.

Xi Jinping dalam surat tahniahnya berkata, kejayaan penerbangan perdana pesawat amfibia AG600 adalah satu lagi kemajuan teknologi yang cukup besar dalam pembangunan industri aeronautik di China.

Beliau berharap agar kakitangan yang berkaitan terus berjuang untuk menjayakan usaha pembinaan sistem penyelamatan kecemasan dan sistem pencegahan bencana alam di peringkat kebangsaan, malah membangunkan tanah air sebagai kuasa besar dalam industri aeronautik pada masa hadapan.

Pesawat AG600 itu sebagai sejenis kelengkapan penerbangan penyelamatan kecemasan, berfungsi melaksanakan pelbagai misi, termasuk memadamkan kebakaran hutan, melakukan operasi menyelamat di air serta menjalankan pemantauan dan pemuliharaan terhadap persekitaran laut.

圖片默認標題_fororder_1123587456_15400064288861n

周喬西