China, Rusia Iltizam Lonjakkan Perkongsian Strategik Komprehenif

2018-10-20 15:53:45  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1123585906_15399507584741n

Tahun depan adalah ulang tahun ke-70 terjalinnya hubungan diplomatik China-Rusia. China akan mengambil peluang baik ini bersama-sama dengan Rusia untuk menggalakkan perkongsian strategik komprehensif melonjak ke tahap baharu, demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoygu yang sedang dalam rangka lawatannya ke China di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada 19 Oktober lalu.

Xi Jinping berkata, hubungan tentera China dan Rusia yang berada pada tahap yang tinggi menjadi tunggak asas dalam kerjasama strategik bilateral.

Tentera kedua-dua negara diharap terus bekerjasama menangani ancaman keselamatan dan mencipta persekitaran luar yang bermanfaat bagi pembangunan negara dan kebangkitan bangsa.

Sergey Shoygu berkata, negaranya amat mementingkan hubungan diplomatik dan tentera dengan China. 

Rusia akan terus meningkatkan kerjasama dengan China untuk memperhebat kemampuan dalam usaha menangani pelbagai ancaman keselamatan.

周喬西