ADMM-Plus Ke-5 di Singapura

2018-10-21 16:25:47  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_admm+

Pertemuan Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM-Plus) Ke-5 diadakan si Singapura semalam.

Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe berucap, konsep 'membentuk komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik' yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping telah menyediakan fikiran baharu bagi usaha memecahkan "kebuntuan jalan keamanan" dalam hubungan antarabangsa dan memelihara kedamaian dan kemakmuran serantau dan sejagat.

Pelbagai negara perlu mendorong kerjasama dan meningkatkan kemampuan dalam bidang antikeganasan. Kebelakangan ini, tentera China telah memperhebat hubungan saling percaya dan menyempurnakan sistem pertukaran dengan negara terbabit. Pada masa depan, China bersedia terus mempertingkat interaksi dan persepakatan dengan negara-negara terbabit.

"Pengumuman Bersama ADMM-Plus tentang Pelaksanaan Tindakan Pragmatik dan Saling Percaya" dan "Pengumuman Bersama ADMM-Plus mengenai Antikeganasan" telah diluluskan dalam Pertemuan tersebut.

Dimaklumkan, Wei Fenghe secara berasingan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Thailand.

 

高蕾