Kempen "Kasih Sayang Tanpa Sempadan" ke-10

2018-10-22 16:27:01  CRI
Share with:

Kempen jualan amal antarabangsa "Kasih Sayang Tanpa Sempadan" ke-10 diadakan di Stadium Negara di Beijing semalam, ditaja oleh puan Qian Wei, isteri Menteri Luar China, Wang Yi.

Dengan tema "dengarlah kasih sayang seluruh dunia", kempen itu bertujuan mengumpul derma bagi membolehkan kanak-kanak cacat pendengaran di provinsi Gansu mendapatkan implan koklear.

Menurut statistik awal, jualan amal kali ini telah mengumpul lebih RMB6 juta (RM3.77 juta).

Puan Qian Wei dalam ucapannya menyatakan terima kasih kepada duta dari pelbagai negara dan wakil pertubuhan antarabangsa atas sokongan mereka terhadap usaha China membasmi kemiskinan.

Turut hadir menyerikan perasmian, Menteri Luar China, Wang Yi, serta 150 duta asing dan wakil pertubuhan antarabangsa. 

胡星