Nahas Jalan Raya di Thailand, 9 Buruh Myanmar Maut

2018-10-22 14:36:08  CRI
Share with:

Sembilan buruh warga Myanmar maut apabila van yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di tepi jalan lalu terbakar di wilayah Kamphaeng Phet, Thailand pagi semalam. 

Van tersebut membawa 16 orang, dalam perjalanan ke wilayah Tak yang bersempadan dengan Myanmar.

Tujuh yang lain, termasuk pemandu, dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital.

Siasatan awal polis menunjukkan pemandu tertidur dan van hilang kawalan ketika turun hujan lebat.

Menurut laporan media tempatan, banyak kemalangan maut berlaku di tempat sama, kerana jalan yang panjang tanpa selekoh itu sering menyebabkan pemandu mengantuk.

徐國瑋