Latihan Tentera Bersama China-Malaysia-Thailand

2018-10-22 16:26:11  CRI
Share with:

Latihan ketenteraan bersama "Kedamaian dan Persahabatan-2018" melibatkan China, Malaysia dan Thailand dirasmikan di Malaysia Sabtu lalu.

Latihan kali ini bertujuan untuk memperkukuh komunikasi dan kerjasama, di samping meningkatkan keupayaan menangani ancaman keselamatan.

Ketua pasukan China, Li Weiya menyatakan tema latihan iaitu "operasi keamanan melalui tenaga bersama" merujuk kepada keadaan konflik yang tidak dapat diselesaikan secara damai dan memerlukan kekuatan bersama tentera pelbagai negara.

Agenda latihan merangkumi cara-cara melakukan perancangan, arahan dan operasi bersama, untuk melatih tentera ketiga-tiga negara mengkaji dan menangani krisis serantau.

Ketua pasukan Malaysia, Hashim berpendapat, latihan berkenaan amat penting bagi meningkatkan persahabatan dan keupayaan tentera ketiga-tiga negara untuk menangani krisis dan memelihara kedamaian serantau.

"Kedamaian dan Persahabatan 2018" akan berlangsung hingga 29 Oktober.

胡星