"Pelan China" Tetapkan Arah Perkembangan Asia-Pasifik

2018-11-17 18:17:07  CRI
Share with:

“Kita dalam satu kapal yang sama”. Demikian kenyataan Presiden China, Xi Jinping apabila berucap pada Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifi (APEC) di Papua New Guinea petang tadi.

Beliau telah menyampaika ucaptama yang bertajuk "Berganding bahu mencipta masa depan yang cemerlang" dalam sidang kemuncak tersebut. Beliau mengemukakan lima anjuran "Pelan China" bagi memahami arah perkembangan ekonomi dunia dan mencari penyelesaian tadbir urus global berasaskan peraturan terbuka, pembangunan, inklusif, inovasi dan peraturan. 

Dalam keluarga dunia, rantau Asia-Pasifik ialah satu kawasan yang paling dinamik dan berpotensi. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNP) rantau ini menempati 60% ekonomi dunia, manakala jumlah dagangannya mewakili 47% jumlah dunia.

Dalam ucapannya, Presiden Xi menegaskan bahawa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ialah satu platform kerjasama yang terbuka. China akan terus melonggarkan akses pasaran, meningkatkan perlindungan harta intelek, dan menambah import. Beliau turut menawarkan undangan kepada para peserta untuk menyertai Forum Kemuncak Kerjasmaa BRI Kedua dan Ekspo Import Antarabangsa China Kedua tahun depan.

Pada masa ini, walaupun fahaman perlindungan dan unilateralisme telah menambah unsur ketidakpastian kepada pertumuhan ekonomi global, namun globalisasi ekonomi tetap berkembang maju.

Dalam kontek ini, Pengerusi Bergilir Majlis Kaunselor Perniagaan dan Industri  APEC Papua New Guinea, David Toua berpendapat bahawa ucapan Presiden Xi telah mencerminkan persepakatan pelbagai entini ekonomi. Pada persimpangan jalan pembangunan Asia-Pasifik, ucapan Xi pasti akan menghapuskan“arus dingin”fahaman perlindungan dan unilateralisme, dan mencerahkan kerjasama rantau Asia-Pasifik.

王瑾