Terbuka, Inovatif dan Inklusif Signifikan bagi Asia Pasifik

2018-11-19 11:25:11  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1123731478_15425448854191n

Mesyuarat Pemimpin Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-26 selama dua hari berakhir di Papua New Guinea semalam. Saranan yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping dalam mesyuarat itu dianggap menyuntik daya penggerak untuk kerjasama di rantau tersebut.

Pertama, "keterbukaan" signifikan bagi masa depan Asia Pasifik.

Di samping memanfaatkan hasil globalisasi ekonomi serta peluang daripada inovasi teknologi dan transformasi perindustrian, Asia Pasifik turut berdepan dengan ketidaktentuan ekoran muncul pihak yang menentang globalisasi. Sehubugnan dengan itu, Presiden Xi menyeru pelbagai entiti ekonomi serantau mewujudkan ekonomi yang terbuka dan meningkatkan kebebasan perdagangan dan pelaburan.

Kedua, "inovatif" kunci bagi kerjasama Asia Pasifik.

Ekonomi digital kini menjadi teras kepada transformasi perindustrian pusingan baharu. Pada beberapa tahun lalu, anggota-anggota APEC berturut-turut memperkenalkan strategi pembangunan ekonomi digital. Sehubungan dengan itu, Presiden Xi dalam ucapannya berkata ekonomi digital merupakan hala tuju pembangunan Asia Pasifik bahkan dunia. Beliau menyarankan supaya momentum pertumbuhan dan jalan pembangunan baharu terus diteroka, di samping memperkasakan kemudahan infrastruktur ekonomi digital.

Ketiga, "inklusif" diperlukan untuk pembangunan Asia Pasifik.

Walaupun sifat kepelbagaian menonjol di rantau Asia Pasifik, namun keinklusifannya masih kurang. Oleh yang demikian, bagaimana merebut peluang yang dibawa oleh keinklusifan menjadi salah satu topik perbincangan utama dalam sidang kali ini.

Dalam pada itu, Presiden Xi menyeru semua negara memperkasakan kesalinghubungan dan mencipta peluang pembangunan yang boleh dinikmati bersama. 

圖片默認標題_fororder_1123731478_15425454587601n

Untuk menyumbang kepada pembangunan Asia Pasifik, China komited mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang bertaraf tinggi, kesalinghubungan yang komprehensif dan ekonomi digital yang inklusif.  

張哲