China Tingkatkan Perkongsian Strategik dengan Portugal

2018-12-06 11:32:16  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1123813267_15440311156011n

China komited berusaha bersama Portugal meningkatkan perkongsian strategik komprehensif ke satu tahap lebih tinggi, sebagaimana dinyatakan Presiden Xi Jinping ketika bertemu dengan Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa di Lisbon semalam.

Xi berkata, China dan Portugal akan terus menjunjung semangat terbuka, inklusif dan saling untung, di samping memperkukuh perkongsian strategik dan meningkatkan pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Kerjasama dan pertukaran hendaklah ditingkatkan dalam sektor ekonomi, perdagangan, budaya, pendidikan, pelancongan, sains dan teknologi, sukan dan media, serta bidang maritim.

Costa pula berkata, perdagangan dua hala menunjukkan momentum perkembangan baik, sementara kerjasama dan pelaburan dalam sektor utama dijalankan dengan lancar. Hubungan Portugal dan China sedang memasuki tempoh terbaik dalam sejarah dan berdepan peluang pembangunan baharu.

Selepas rundingan, kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis memeterai perjanjian kerjasama dua hala, antaranya memoradum persefahaman bagi menggalakkan pembangunan BRI.

覃淼