Xi Jinping Ditemui Menteri Luar DPRK di Beijing

2018-12-08 15:35:40  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1123823184_15441844674861n

Presiden China, Xi Jinping ditemui Menteri Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Ri Yong Ho di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Xi menyatakan beliau amat gembira terhadap pelaksanaan pelbagai persefahaman yang dicapai oleh kedua-dua pihak. Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan China mementingkan hubungan dengan DPRK. Beliau berharap agar kedua-dua pihak ini terus mendorong perkembangan hubungan bilateral melalui aktiviti peringatan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik China-DPRK pada tahun 2019 nanti. Kata Xi, China menyokong pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un memimpin rakyat negara itu untuk mencari jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negaranya.

Xi berkata, China akan terus menyokong pelbagai tindakan untuk merealisasikan keamanan berkekalan dan perdamaian antara Utara dan Selatan Semenanjung Korea. Beliau menyeru perbadanan diplomatik China dan DPRK meningkatkan kerjasama, untuk mendorong hubungan bilateral serta menyumbang kepada proses penyelesaian isu Semenanjung Korea secara politik.

Ri Yong Ho berkata, DPRK akan bekerjasama dengan China dalam mengadakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik DPRK-China tahun depan, dan mengukuhkan persahabatan tradisional dan kerjasama dua hala. Pihak DPRK bersedia mengekalkan pertukaran rapat dengan China untuk mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.
 

梁靚