Projek Interaksi Keusahawanan Sains dan Teknologi Belia China-Malaysia

2018-12-08 13:51:32  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1212

Majlis penyerahan bendera bagi 'Projek Interaksi Keusahawanan Sains dan Teknologi Belia China-Malaysia' diadakan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia petang semalam. 

圖片默認標題_fororder_121

Projek ini dijalankan dengan tujuan mempergiat interaksi golongan muda kedua-dua negara ini dalam sektor ekonomi, sains dan teknologi. Delegasi Malaysia yang terdiri daripada 16 kumpulan bakal usahawan akan tiba di bandar Shenzhen, selatan China pada 9 Disember untuk menyertai siri forum dan ceramah bertemakan 'Perkembangan Inovasi Tenaga Profesional di Teluk Guangdong-Hong Kong-Makau', 'Sains dan Teknologi Kewangan', 'Kecerdasan Buatan' (AI) dan sebagainya.

覃淼