Badan Legislatif China, Thailand Eratkan Hubungan

2018-12-13 14:32:16  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1123844509_15446272613661n

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Li Zhanshu bertemu dengan Presiden Dewan Undangan Negara Thailand, Pornpech Wichitcholchai di Beijing semalam.

Li Zhanshu berkata, kerjasama muhibah antara China dengan Thailand menjadi teladan hubungan sesama tetangga.Kedua-dua negara hendaklah mempertingkat penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan "Thailand 4.0" dan Koridor Ekonomi Timur.

Dalam pada itu, China akan mengintensifkan pembaharuan dan keterbukaan ke arah merealisasikan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.China bersedia menyokong Thailand yang mengambil alih jawatan pengerusi bergilir ASEAN tahun depan, di samping memajukan kerjasama Lancang-Mekong, hubungan China-ASEAN serta kerjasama Asia Timur.

Pornpech menyatakan ikatan antara Thailand dan China diwarisi turun-temurun sejak sekian lama, dengan pertukaran erat dalam pelbagai bidang.

Thailand menyahut positif BRI dan ingin meningkatkan kesalinghubungan dan perdagangan dengan China serta kerjasama melibatkan inovasi teknologi, pendidikan dan pelancongan.

Dewan Undangan Negara Thailand bersedia mengekalkan hubungan rapat dengan NPC China bagi menyumbang kepada hubungan antara negara.

張弘