Xi Temu Tetamu Forum Congdu

2018-12-13 13:42:05  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1123844273_15446203291771n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan tetamu asing yang menghadiri Forum Antarabangsa Congdu 2018 di Beijing semalam.

Xi menyatakan rakyat diutamakan dalam pembaharuan dan keterbukaan China. Pada era baharu ini, ekonomi China beralih daripada kepesatan pertumbuhan kepada pembangunan berkualiti. Demi pembangunan yang lebih seimbang dan holistik, pembaharuan dan keterbukaan mesti dipertingkat.

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menyasarkan penawaran platform kerjasama saling menguntungkan kepada masyarakat antarabangsa. Semua negara diharap menyertai BRI bagi membolehkan manfaatnya dinikmati bersama.

Beliau menekankan usaha China menggalakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan adalah berlandaskan kerjasama untung-untung.

Para tetamu memuji pencapaian cemerlang China dalam pembaharuan dan keterbukaan, yang telah membawa impak besar kepada dunia. Mereka berpendapat masyarakat antarabangsa menumpang hasil daripada pembangunan China, dan berharap negara ini terus memainkan peranan utama dalam hal ehwal antarabangsa. Usaha China membantu negara-negara membangun lain seperti di Afrika meningkatkan keupayaan membangun secara berdikari turut dipuji.

Forum Antarabangsa Congdu dianjurkan bersama oleh Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing (CPAFFC) dan Persatuan Persahabatan dan Pertukaran Australia-China (ACFEA) sejak 2014, mengundang kehadiran bekas pemimpin negara, pakar, sarjana dan tokoh perniagaan. Tema forum tahun ini ialah "pembaharuan, keterbukaan dan kerjasama saling untung".

張弘