China Bantah Akta AS Berkaitan Tibet

2018-12-15 16:10:23  CRI
Share with:

China menyuarakan bantahan keras terhadap akta berkaitan Tibet yang diluluskan Senat AS baru-baru ini, yang dikatakan memutarbelitkan fakta dan satu bentuk campur tangan dalam urusan domestik China.

Mengulas akta berkenaan, jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang menyatakan urusan Tibet merupakan hal ehwal dalaman China. Warga asing yang mahu melawat Tibet boleh membuat permohonan melalui saluran biasa.

Setiap tahun, terdapat banyak warga asing berkunjung ke Tibet untuk melancong atau menjalankan perniagaan.

Sejak 2015, hampir 40 ribu warga AS menjejak kaki ke Tibet, termasuk pemimpin parti dan senator.

Tuduhan bahawa China mengawal ketat kemasukan warga asing ke Tibet adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima.

China menggesa pihak AS segera mengambil tindakan untuk membatalkan akta tersebut sebelum dikuatkuasakan bagi mengelakkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara terjejas.

張弘