Pemimpin Malaysia Puji Harimau Malaya

2018-12-16 13:33:28  CRI
Share with:

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya mara sehingga peringkat akhir dalam Piala AFF Suzuki 2018.

Bagaimanapun, beliau meminta pasukan bola sepak negara untuk lebih berusaha.

"Vietnam bermain lebih baik daripada Malaysia, tahniah Vietnam berjaya merangkul kejuaraan. Tahniah skuad Harimau Malaya kerana berjaya mara sehingga peringkat akhir. Kena berusaha keras lagi,” katanya dalam catatan Twitternya, malam semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong menyifatkan Harimau Malaya sebagai juara di hati rakyat Malaysia walaupun menjadi naib juara kejohanan itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata semangat berlawan yang ditonjolkan oleh Harimau Malaya telah berjaya menjadi sumber inspirasi seluruh rakyat Malaysia.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuji jurulatih skuad bola sepak negara Tan Cheng Hoe kerana berjaya membina asas yang kukuh untuk pemain.

(Sumber dari BERNAMA)

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
張弘