Persidangan Perubahan Iklim di Katowice Berhasil

2018-12-16 15:47:10  CRI
Share with:

Persidangan perubahan iklim PBB di Katowice, Poland berakhir semalam selepas mencapai kata sepakat mengenai butir-butir pelaksanaan Perjanjian Paris.

Konsensus berkenaan  memperlihatkan prinsip yang adil serta "memikul tanggungjawab bersama dan juga berbeza", sekali gus mencerminkan komitmen masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama menangani perubahan iklim. 

Sumbangan China terhadap persidangan kali ini turut mendapat penghargaan tinggi masyarakat antarabangsa. 

Delegasi kerajaan China telah mengadakan 25 mesyuarat dalam tempoh persidangan tersebut, memfokuskan pembangunan rendah karbon, pasaran karbon, tenaga boleh diperbaharui, kerjasama Selatan-Selatan dan usaha syarikat setempat dalam menangani perubahan iklim.

張哲