Malaysia Terus Kempunan Julang Piala AFF Suzuki

2018-12-16 13:28:33  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_206e44d3d8b364ba315b792e96a1e2ae5c1524015781a

Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki tidak kesampaian setelah kalah tipis 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua di Stadium Nasional My Dinh, di Hanoi, malam semalam.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 menerusi keputusan agregat 3-2, dan ia sekali gus meranapkan impian Malaysia meraih kejuaraan kedua selepas edisi 2010.

圖片默認標題_fororder_bb93e1cdba355cbb98165535538dbb465c151847497ac

Untuk rekod, kedua-dua pasukan berkenaan seri 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember lepas.

Pada aksi malam semalam, skuad Harimau Malaya jelas memberikan saingan sengit kepada skuad Naga Emas yang mendapat sokongan padu lebih 40,000 penyokong setia mereka.

(Sumber dari BERNAMA)

張弘