Rusia Serah Draf Resolusi bagi Kekalkan INF

2018-12-16 15:48:24  CRI
Share with:

Rusia telah menyerahkan draf resolusi kepada Perhimpunan Agung PBB bagi memastikan Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) dapat terus dilaksanakan.

Jurucakap Misi Rusia ke PBB, Fedor Strzhizhovskiy berkata, masa depan INF terancam akibat keputusan AS untuk menarik diri daripada perjanjian itu. 

Beliau menyeru semua pihak terlibat menunaikan tanggungjawab yang wajar digalas dan menyelesaikan masalah semasa melalui mekanisme di bawah perjanjian berkenaan.  

 

張哲