Minggu Kerjasama Thailand-Chengdu Dilancar

2018-12-16 14:47:06  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1689817863

 

Minggu Kerjasama Thailand-Chengdu 2018 diadakan di Bangkok pada 15 hingga 19 Disember, anjuran kerajaan bandar Chengdu, provinsi Sichuan China. 

Sepuluh syarikat Chengdu dalam sektor perkhidmatan moden, pertanian moden, industri ringan dan pelancongan budaya akan melawat ke Pusat Sehenti Perkhidmatan Pelaburan, Taman Industri Digital dan Koridor Ekonomi Timur Thailand untuk mencari peluang baharu di pasaran Asia Tenggara.

Pelbagai aktiviti pertukaran sosiobudaya akan turut diadakan di pusat beli-belah Bangkapi, Bangkok termasuk pameran barang buatan Chengdu dan jenama tradisional berprestij China serta persembahan kesenian. 
梁靚