Kerjasama Budaya, Pelancongan Makin Kukuh

2018-12-16 14:47:48  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_webwxgetmsgimg

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian bertemu dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Mohamaddin bin Ketapi Rabu lalu untuk bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama budaya dan pelancongan kedua-dua negara.

Bai Tian menyatakan kerjasama tersebut sentiasa diutamakan hingga menjadi komponen penting dalam pertukaran sosiobudaya antara China dengan Malaysia.  

China muncul sebagai rakan dagang terbesar bagi Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut, juga sumber pelancong ketiga terbesar bagi negara itu. 

Tahun depan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik China-Malaysia, disusuli Tahun Budaya dan Pelancongan pada 2020.  Pelbagai aktiviti sambutan akan turut diadakan. 

Dalam tiga suku pertama tahun ini, jumlah pelancong China ke Malaysia meningkat sebanyak 34.2% berbanding tempoh sama tahun lepas, melebihi  keseluruhan pelancong China ke Malaysia sepanjang tahun 2017. 

Bai yakin sinergi kedua-dua pihak akan membawa kepada kerjasama pragmatik yang  lebih kukuh dalam bidang budaya dan pelancongan.

Mohamaddin pula menyatakan pihaknya bersedia memanfaatkan peluang daripada ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik serta Tahun Budaya dan Pelancongan untuk mempertingkat kerjasama muhibah dengan China, di samping mempermudah pelaksanaan program kerjasama berkenaan.

 

 
梁靚