China Mesti Terus Perluas Keterbukaan

2018-12-18 13:52:39  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping berkata, pembangunan China tidak dapat dipisahkan daripada dunia, manakala kemakmuran dunia juga memerlukan China. 

China mesti terus memperluas keterbukaan dan menyumbang tenaga kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Beliau menyatakan, China akan menggalakkan pembinaan hubungan antarabangsa model baharu yang saling hormat, sama rata dan adil, kerjasama dan untung-untung.

Hak rakyat semua negara untuk memilih jalan pembangunan sendiri akan dihormati, sebaliknya sebarang bentuk paksaan, campur tangan dan pembulian oleh pihak lain akan ditentang.

China akan memainkan peranannya selaku negara besar yang bertanggungjawab, menyokong pembangunan negara membangun, dan aktif menyertai pembaharuan terhadap sistem tadbir urus sejagat. 

China menyokong sistem perdagangan multilateral, menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, dan akan bersama-sama semua pihak berkenaan membina platform baharu untuk kerjasama antarabangsa berdasarkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Xi Jinping menegaskan, China tidak akan mengejar pembangunan dengan mengorbankan kepentingan negara lain, namun tidak akan melepaskan hak dan kepentingan sah milik sendiri. China menjunjung dasar pertahanan bersifat defensif, dan pembangunannya tidak menjadi ancaman kepada mana-mana negara. China tidak sekali-kali mengejar hegemoni.

曹捷