"Rahsia Kejayaan" China

2018-12-19 11:58:58  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_401

Presiden China, Xi Jinping telah menyimpulkan pengalaman negara ini dalam melaksanakan pembaharuan dan keterbukaan selama 40 tahun lalu baik dari segi proses pelaksanaan, mahupun pencapaian cemerlang dan makna signifikannya.

圖片默認標題_fororder_40
Beliau dalam satu ucapan pada majlis memperingati ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang diadakan di Beijing semalam, turut memberi isyarat kepada Parti Komunis China dan rakyat seluruh negara agar terus melaksanakan dasar berkenaan dengan teguh dan yakin.

圖片默認標題_fororder_402
Jika diimbas kembali perubahan yang dialami China dalam tempoh tersebut, mudahlah difahami harga diri dan rasa bangga yang ada pada rakyatnya hari ini. Daripada pinggir keruntuhan ekonomi, kepada status entiti ekonomi kedua terbesar, pengeluar terbesar dan pedagang barangan terbesar, yang menyumbang lebih 30% kepada pertumbuhan ekonomi sejagat selama beberapa tahun berturut-turut.

Ratusan juta rakyatnya dibantu keluar daripada belenggu kemiskinan tanpa makan dan pakai, malah pendapatan per kapita seluruh negara meningkat hingga RMB26,000 (RM16,000). China yang pernah berdepan risiko "diusir dari bumi", mula diterima sebagai pembina kedamaian dunia, penyumbang kepada pembangunan sejagat, dan pelindung tata tertib antarabangsa.

Perubahan signifikan tersebut berlaku dalam masa 40 tahun sahaja. Maka tidak hairanlah seorang sarjana dari Amerika Syarikat, Samuel Huntington melihat dasar pembaharuan dan pintu terbuka sebagai pengubah nasib yang membawa China keluar daripada "arah aliran menurun" yang disaksikan sejak bermulanya zaman moden. 

Kata Presiden Xi, China menyelesaikan proses pengindustrian dalam masa beberapa dekad saja, sedangkan negara maju menghabiskan masa ratusan tahun. Katanya, di tangan rakyat China, segala yang mustahil menjadi mungkin.

圖片默認標題_fororder_403
Xi menyimpulkan pengalaman China dari sembilan aspek, yang mesti dijadikan prinsip panduan dalam perjalanan yang akan datang. Parti Komunis China mesti dijadikan pedoman; rakyat sebagai teras pembangunan; Marxisme penyuluh jalan; sosialisme bercirikan China haluan yang ditempuh; sistem sosialis bercirikan China dibaiki dan dilengkapkan; pembangunan diutamakan; keterbukaan diperluas; Parti ditadbir urus dengan ketat; dan hubungan antara pembaharuan, pembangunan dan kestabilan adalah seimbang.

Pembaharuan dan keterbukaan China berdepan banyak cabaran mendatang. Perjuangan untuk memajukan negara besar bersejarah lebih 5,000 tahun dengan populasi melebihi 1.3 bilion tidak dapat bergantung pada mana-mana "buku teks", tetapi pada keyakinan diri dan kerja keras.

Jika China dikatakan telah mencipta "keajaiban" dalam masa 40 tahun lalu, maka untuk tempoh sama pada masa depan malah lebih, China akan terus membuktikan kata-kata pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Ronald H. Coase bahawa China yang terbuka, inklusif, yakin diri dan inovatif akan sekali lagi tampil mengagumkan dunia.

高蕾