Peneraju CRI: Satria
Peneraju BR: Natasha dan Shuhadah
Semasa mengunjungi sebuah kilang bateri fotovoltaik di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS), Setiausaha Perbendaharaan negara itu, Janet L. Yellen menunjukkan, harga dan model pengeluaran global mendapat tempias sedangkan kepentingan sektor korporat dan kalangan buruh AS terjejas akibat wujudnya masalah "kapasiti industri yang berlebihan" dalam sektor sumber tenaga yang boleh diperbaharui di China.
Pemimpin negara China dan Amerika Syarikat (AS) telah mencapai kata sepakat yang paling lantang dalam Mesyuarat San Francisco pada tahun lepas bahawa hubungan bilateral seharusnya menjadi stabil dan membaik.
Filipina mempergiatkan provokasinya terhadap China di perairan Terumbu Ren'ai sejak Mac tahun ini. Pada 5 Mac, dua kapal pengawal pantai dan dua kapal pengangkutan logistik Filipina menyerbu secara melulu ke perairan berhampiran terumbu Ren'ai untuk menghantar barang kegunaan harian kepada sebuah kapal perang milik negaranya yang sudah uzur yang 'bersarang' di pantai terbabit. Kemudian, dengan sengaja bertindak menyerbu ke satu perahu milik Pengawal Pantai China (CCG) yang sedang bertugas di perairan terbabit sehingga menyebabkan terjadinya pelanggaran yang ringan. Pasukan penguatkuasa CCG turut mengambil tindakan kawalan yang wajar.