FDI Jatuh Merudum

2019-01-22 13:09:21  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_聯合國

圖片默認標題_fororder_聯合國1

 

Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) di seluruh dunia susut untuk tahun ketiga berturut-turut daripada USD1.47 trilion (RM6 trilion) pada 2017 kepada USD1.2 trilion (RM4.96 trilion) pada 2018, paras paling rendah sejak krisis kewangan antarabangsa.

Laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB(UNCTAD) menunjukkan, penurunan FDI tertumpu pada negara maju, dengan pengaliran masuk jatuh 40% kepada USD451 bilion (RM1.9 trilion). Namun, jumlah kemasukan FDI di negara membangun meningkat 3% kepada USD694 bilion (RM2.9 trilion).

Pengarah Pelaburan dan Perusahaan UNCTAD, James Zhan berkata, penghantaran pulang pendapatan seberang laut syarikat multinasional AS susulan pembaharuan percukaian negara itu, punca utama keadaan semasa.
梁靚