Multilateralisme Konsensus Ramai

2019-01-22 13:10:21  CRI
Share with:
Tinjauan terbaru Forum Ekonomi Dunia (WEF) mendapati kebanyakan rakyat di seluruh dunia bersetuju dengan sistem multilateral dan mahu kerjasama antarabangsa diperkukuh, sambil menentang amalan yang hanya mementingkan kepentingan sendiri.

Tinjauan melibatkan lebih 10 ribu responden dengan 76% berpendapat, adalah "terutama penting" atau "sangat penting" bagi negara-negara bekerjasama bagi mewujudkan matlamat bersama.

Majoriti populasi dunia bersikap positif terhadap isu imigrasi. 57% responden berpendapat imigran membawa manfaat kepada negara tempat tinggal secara keseluruhannya.

Di Amerika Utara, 66% bersetuju dengan pendapat tersebut, berbanding hanya 46% di Eropah Barat.

Pengerusi Eksekutif WEF, Klaus Schwab berkata walaupun keupayaan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan bersepadu adalah terhad, namun kebanyakan rakyat sedunia mahu pemimpin meneroka mod kerjasama baharu untuk menangani cabaran yang dihadapi manusia.
梁靚